Putrajaya, 16 Jun – Beberapa pakar perubatan mengesahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bebas kanser dan cukup sihat untuk menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri.
Kenyataan tersebut dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, menafikan laporan Sarawak Report kononnya beliau ke luar negara untuk menjalani rawatan kanser.
“Semasa menjalani tempoh kuarantin, YAB Perdana Menteri sentiasa mematuhi arahan tidak keluar rumah. Semua tugasan rasmi hanya dijalankan dari rumah termasuk mengadakan sidang video dengan YB Menteri Kanan Pertahanan dan Ketua Pengarah Kesihatan.
“Justeru dakwaan Sarawak Report bahawa YAB Perdana Menteri melanggar perintah kuarantin dengan keluar rumah, apatah lagi terbang ke luar negara adalah sama sekali tidak berasas dan hanya rekaan penulis.”
Jabatan Perdana Menteri turut mengepilkan surat pengesahan daripada pakar perubatan mengenai status kesihatan beliau.

Beberapa pakar perubatan telah sahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin kini bebas dari kanser, cukup sihat untuk jalankan tugas Perdana Menteri – Pejabat Perdana Menteri
Posted by Bernama TV on Monday, June 15, 2020
Sumber: Jabatan Perdana Menteri