Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

“Tanpa Perlu Menyental,” Ahli Kimia Ini Kongsi Cara Mudah Bersihkan Papan Pemotong

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Papan pemotong sememangnya adalah suatu alat perkakas di dapur yang lazim digunakan untuk menyediakan makanan.

Alat ini adalah salah satu peralatan yang penting dalam penyediaan makanan. Manakan tidak, sekiranya papan pemotong ini tiada, agak sukar untuk kita memotong di atas permukaan yang lain.

Disebabkan ianya lazim digunakan, pastinya ia akan terdedah dengan pelbagai jenis kotoran. Untuk membersihkannya dengan sempurna juga pasti akan memakan masa.

Justeru daripada itu, seorang ahli kimia bernama Fatimah Salim ada berkongsikan tentang petua dan caranya membersihkan papan pemotong ini dengan cara yang lebih mudah, cepat dan tanpa perlu menyental. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Tahukah anda, papan pemotong merupakan alat penggunaan dapur yang paling kotor?! Jika tidak dibersihkan dengan betul dan kerap, ianya boleh menjadi ‘sarang’ kepada beribu jenis kuman.

Gambar: Google

Ada banyak petua dan cara membersihkan papan pemotong ini. Namun bergantung kepada tahap kekotoran, kadang-kadang ianya tidak berkesan perlukan lebih masa, usaha dan tenaga (menyental).

Di sini, saya kongsikan cara yang lebih mudah, cepat dan tanpa perlu menyental. Cara ini hanya sesuai untuk mereka yang berani, teliti dan cermat.

CARANYA:

• Lap dan keringkan permukaan yang perlu dibersihkan.
• Tuangkan cecair peluntur Clorox secara perlahan-lahan pada bahagian papan pemotong yang kotor. Pastikan seluruh permukaan yang mengandungi kotoran degil berjaya dibasahkan. Boleh gunakan sudu keluli tahan karat untuk ratakan.
• Tinggalkan selama 30 minit untuk tindakbalas yang optimum. Atau lebih lama bergantung kepada hasil yang diperolehi.
• Cuci dan rendam papan pemotong seketika sehingga BAU cecair peluntur hilang. Ini untuk memastikan tiada cecair peluntur yang tertinggal pada papan pemotong.
• Dan gunakan seperti biasa.

PERHATIAN:

1) Cecair peluntur Clorox mengandungi bahan kimia aktif natrium hipoklorit yang bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air.

Dapatkan pelbagai jenis Clorox di Shopee dan Lazada

2) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng kerana cecair peluntur mudah meruap dan menghasilkan bau yang kuat. Ianya boleh menyebabkan komplikasi lain.

3) Pastikan aktiviti ini dibuat dalam ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik contoh ruang terbuka atau ada tingkap.

Nota: Tidak perlu tuang banyak cecair peluntur ini. Cukup sekadar rata ke permukaan yang perlu dibersihkan. Jimat dan kurang bau yang tidak menyenangkan.

Sumber: Fatimah Salim

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa