Siakap Keli
roket Iraq
Kredit: Anadolu Agency

TERKINI: Sekurangnya Dua Roket Mendarat Berhampiran Lapangan Terbang Baghdad, Dipercayai Sasarkan Markas Tentera AS

Sekurang-kurangnya dua roket dilaporkan mendarat berhampiran Lapangan Terbang Baghdad yang menempatkan sebuah pengkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq.

“Pada subuh, dua roket menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad di mana letaknya markas tentera Amerika Syarikat,” kata Kapten Ahmad Khalaf, salah seorang pegawai polis tempatan seperti dipetik Anadolu.

Tiada kematian atau kerosakan harta benda dilaporkan, katanya.

Kejadian ini serupa dengan serangan menyasarkan tentera AS di lapangan terbang pada 8 Jun lalu.

Pada 13 Jun lalu, pengkalan tentera Al-Taji yang menempatkan tentera AS turut menjadi sasaran.

Sementara itu, sebuah alat pelancar Katyusha dirampas berhampiran Baghdad minggu ini, lapor Al-Masdar News.

Sumber: Anadolu Agency, Al-Masdar News

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.