Siakap Keli
tips hartanah lelong
Kredit: Google

“Beli Rumah Di Usia Muda Bukan Satu Pencapaian”, Peguam Hartanah Dedah Hakikat Sebenar Libatkan Anak Muda Yang Membeli Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hari ini, semakin ramai mula sedar kepentingan memiliki rumah berbanding membeli kenderaan. Ramai anak muda yang berlumba-lumba untuk melihat siapa yang paling muda membeli rumah. Pun begitu, tindakan membeli bukan berdasarkan ilmu pengetahuan yang cukup akan membawa bahana di kemudian hari.

Menurut seorang peguam menguruskan bidang hartanah, Nur Aimuni berkata, baginya, membeli rumah di usia muda bukanlah satu pencapaian. Dedahnya, kebanyakan kes rumah dilelong adalah melibatkan golongan berusia bawah 40 tahun.

“Sepanjang saya jadi peguam bidang hartanah ni, saya tak pernah anggap orang mampu beli rumah di usia muda sebagai satu pencapaian.

“Sebab saya pun uruskan kes lelong. Dan apa yang ramai tak tahu, sangat banyak kes lelong melibatkan orang-orang muda juga yang tak mampu bayar hutang,” katanya.

Katanya, untuk membeli rumah memerlukan ilmu. Bukan mengikut trend semata-mata.

Ketika ditanya apakah penyelesaian sebenar buat masalah ini, jawab Aimuni …

Sumber: Nur Aimuni

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.