Siakap Keli
Kredit gambar: Google

Peluang Untuk Rakyat Malaysia Saksikan Gerhana Matahari Separa 21 Jun Ini

Rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa di langit Malaysia dan Asia Tenggara pada 21 Jun nanti.

Berdasarkan perkongsian di halaman Facebook Planetarium Negara, fenomena tersebut dijangka akan berlaku dari pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang waktu Malaysia.

Bagaimanapun, buat masa ini kemudahan teleskop tidak akan dibuka untuk orang awam di Planetarium Negara berikutan masih tertakluk di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti penstriman langsung (live streaming) fenomena Gerhana Matahari Separa tersebut melalui media sosial Facebook dan Instagram Planetarium Negara.

Jom menyaksikan Imej Gerhana dalam talian 🌟Kemudahan teleskop tidak akan dibuka untuk orang awam di Planetarium Negara…

Posted by Planetarium Negara on Tuesday, June 16, 2020

Sumber: Planetarium Negara

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.