Siakap Keli

Pernah Tak Nampak Benda Terapung Di Mata Bila Tengok Kawasan Cerah? Rupanya Ini Yang Berlaku

Perasan bila kita pandang ke langit atau tempat yang terang, mesti muncul bayang seperti jeli-jeli yang merupai seperti cacing atau bakteria.

Sebenarnya, bayangan itu dinamakan ‘eye floaters’ dan biasanya ia akan muncul ketika seseorang itu melihat cahaya terang seperti matahari atau menatap warna asas seperti warna putih terlalu lama. ‘Eye Floaters’ merupakan bayangan objek kecil atau besar yang kelihatan melayang-layang di penglihatan. Ukuran dan bentuknya datang dalam pelbagai variasi, bermula dari bintik hitam kecil sehinggan bayang-bayang yang lebih besar seperti bentuk tali panjang.

Secara amnya, ‘floaters’ berlaku kerana peningkatan usia. Pada mata normal, cahaya memasuki lensa dan kornea mata dan terus masuk ke retina yang terletak di bahagian belakang mata. Di antara tersebut terdapat cairan lendir yang berfungsi menjaga bentuk bola mata, yang disebut sebagai vitreus. Seiring dengan pertambahan usia, kekentalan vitreous akan berkurang dan akan mula muncul sisa kotoran. Sisa kotoran inilah yang dikenal sebagai ‘eye floaters’.

Selain fakto usia, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan floters ini muncul. Antaranya adalah kemalangan yang mencederakan mata, rabun jauh, radang mata, jangkitan, komplikasi daibetes, air mata retina, tumor intraokular ataupun migrain.

Gejala Floaters

Floaters tidak menyebabkan kesakitan tetapi boleh menganggu penglihatan. Gelaja ini diklasifikasikan sebagai gejala yang tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami gejala yang bebeza seperti saiz bayangan bertambah besar, ganguan pada penglihatan periferal, penglihatan menjadi kabur sehingga anda mengalami kesakitan, anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor secepat mungkin.

Punca Floaters

Floters boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan, termasuk:

  • Usia. Apabila kita semakin tua, keadaan di mata juga berubah. Cecair vitreous pada awalnya mempunyai kosisntensi untuk mnegekalkan bola mata akan mencari dan akan kehilangan keanjalan. Akibatnya, vitreous akan menyusat dan beberapa bahagian bola mata akan tertarik. Apabila ini terjadi, sisa kotoran akan muncul dna menyekat penglihatan.
  • Pendarahan mata. Ada beberapa perkara yang dapat menyebabkan pendarahan pada vitreous, termasuk trauma pada mata atau gangguan pada saluran darah di mata.
  • Keradangan belakang mata. Keadaan ini disebut sebagai ‘uveitis posterior’ dimana lapisan ‘uvea’ iaitu lapisan di bahagian belakang mata meradang akibat jangkitan.
  • Air mata retina. Air mata retina ini berlaku apabila vitreus yang mengecut dan menarik lapisan retina. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, air mata retina akan menyebabkan lapisan retina terlepas.

Diagnosis Floaters

Sekiranya anda mengalami masalah floaters yang teruk, anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar mata. Terangkan secara terperinci mengenai gejala dan jika terdapat sejarah kesihatan terutama sekali jika berkaitan dengan mata untuk memudahkan doktor membuat diagnos. Sekiranya doktor mandapati simptom yang agak terus, terutama yang berkaitan dengan retina (jarang berlaku), doktor boleh melakukan beberapa ujian seperti:

  • Ujian fizikal. Doktor anda akan melihatn aktiviti retina dan memantau ukuran apabila terkena cahaya.
  • Ujian Tonometri. Sekiranya diperlukan, ujian ini iaitu pemeriksaan tekanan mata akan dilakukan untuk melihat kemampuan dan kekuatan mata pesakit.

Floater biasanya tidak memerlukan rawatan yang khas kerana boleh hilang dengan sendirinya, Namun, jika tahap bayangan yang dirasakan sangat menganggu penglihatan, ada beberapa rawatan yang biasanya disarankan oleh doktor seperti:

  • Terapi Laser. Doktor akan menggunakan sinar laser pada humor vitreous untuk mengecilkan floters menjadi partikel yang lebih kecil sehinggan tidak ganggu penglihatan.

  • Viktrektomi.  Sekiranya terapi laser tidak membantu, pembedahan viktrektomi boleh menjadi pilihan bagi penghidap floaters.

Komplikasi Floters

Floters umumnya tidak menyebabkan komplikasi, tetapi risikonya dapat meningkat selepas pesakit pembuat pembenahan seperti:

  • Air mata dan pendarahan pada retina
  • Katarak
  • Retina terlepas dari mata.

Pencegahan Floaters

Floaters umumnya tidak dapat dicegah. Namun, anda dinasihatkan untuk memeriksa kesihatan mata di klinik sekurang-kurangnay 2 tahun sekali untuk mengetahi status kesihatan mata anda. Pemeriksaan ini juga bertujuan untuk memastikan floaters tidak menjadi gejala yang lebih serius yang boleh merosakkan penglihatan.

Sumber: Alodoktor

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.