Siakap Keli

Tiada Larangan Untuk Kanak-kanak Keluar Beriadah, Tetapi Perlu Patuh SOP- Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian  non-kesihatan sebentar tadi memaklumkan tiada lagi halangan untuk kanak-kanak keluar beriadah ketika ini.

”Sekarang dah boleh. Tidak ada larangan untuk kanak-kanak beriadah. Tidak ada larangan. Taman-taman permainan sudah mula dibuka, anak-anak dah boleh keluar.

”Cuma janganlah berhimpun beramai-ramai di kawasan riadah tersebut. Sebab kita dah katakan, perlu ada penjarakan sosial, tidak berhimpit dan sebagainya.

”Walaupun taman permainan sudah dibuka, tetapi SOP tetap perlu dipatuhi. Begitu juga dengan shopping complex, tidak ada tegahan yang tidak membenarkan kanak-kanak untuk pergi membeli permainan bersama ibu-bapa mereka dan sebagainya.

”Cuma saya sentiasa ingatkan jangan bawa anak-anak kerana kanak-kanak merupakan golongan yang berisiko tinggi. Jadi ibu-bapa perlulah menjaga kepentingan anak mereka walaupun mereka yang membawa anak sebagai contoh, tiada hukuman pun sebab tidak diwartakan iaitu kanak-kanak tidak boleh dibawa keluar untuk ke restoran ke atau ke shopping complex.

”Tetapi disebabkan kanak-kanak merupakan golongan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19, maka kita galakkan untuk tidak membawa anak-anak keluar bersama-sama, itu saja,” katanya.

Ismail turut meminta ibu bapa supaya menjaga anak masing-masing ketika dibawa keluar supaya terhindar dari jangkitan COVID-19.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang bertanya mengenai saranan kerajaan terhadap isu kanak-kanak yang mungkin tertekan kerana tidak dibenarkan keluar sebelum ini.

Sumber: MKN

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.