Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Budak Lelaki Bernasib Baik, Hampir Dihempap Bekas Takungan Air Runtuh Dari Siling

Seorang remaja lelaki bernasib baik dari terkena ‘simbahan’ air yang meranapkan siling rumah, lapor Daily Mail.

Menerusi satu video yang telah tular, remaja tersebut sedang bermain komputer sebelum bumbung runtuh dan ruang tersebut dibanjiri air.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Ben Tre, Vietnam itu juga menyaksikan bekas takungan air jatuh tepat di sebelah kerusinya.

Tiada yang cedera dalam kejadian tersebut yang dipercayai berlaku sekitar jam 4.15 petang pada 7 Jun lalu.

Di Vietnam, takungan air seberat satu tan dibina di atas rumah dan bangunan pangsapuri untuk kegunaan harian.

Kadang-kadang ia boleh terjatuh kerana pendiri bekas takungan tersebut telah berkarat atau menghadapi kerosakan yang lain.

Sementara itu, kelibat seekor anjing juga dapat dilihat sedang mundar mandir ssebelum bumbung itu runtuh.

Pengguna media sosial mendakwa bahawa anjing itu menyedari bahaya yang menanti sebelum ia berlaku.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story