Siakap Keli

62 Hari Vietnam Bebas Tanpa Kes Baharu Covid-19

HANOI, 18 Jun – Vietnam masih berjaya mengekalkan sifar kes baharu COVID-19 untuk tempoh 62 hari berturut-turut menjadikan jumlah jangkitan di negara ini kekal 335 tanpa kematian, menurut Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan COVID-19.

Antara kes jangkitan itu membabitkan 195 kes import, yang dikuarantin semasa ketibaan, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Jumlah pesakit sembuh pula keseluruhannya seramai 325.

Daripada 10 kes disahkan yang masih menerima rawatan, empat diuji negatif untuk SARS-CoV-2, sekurang-kurangnya dua kali.

Seramai 7,250 kontak rapat pesakit atau mereka yang pernah mengunjungi kawasan terjejas wabak sedang dikuarantin di hopsital, pusat kuarantin dan di rumah.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang