Siakap Keli

Fauzi Nawawi Rayu Orang Ramai Bantu Kesan Anak Saudaranya, Hilang Sejak 7 Hari Lalu

Menerusi kiriman daripada laman Instagram selebriti Tanah Air, Fauzi Nawawi berkongsi tentang pencsrian anak sedaranya yang dipercayai sudah hilang sejak 7 hari yang lalu.

Menurutnya dalam perkongsian tersebut, anak sedaranya yang bernama Siti Najiha yang berusia 22 tahun itu masih belum ditemui. membimbangkan lagi keadaan kesihatannya yang tidak baik dan gadis ini adalah anak istimewa (OKU).

 Mohon simpati dan pertolongan pada sesiapa yang ternampak dan terlihat remaja ini.

Dia anak kakak saya, remaja istimewa (OKU). Dia hilang dari rumah sejak 6 Hari yang lalu(semalam), LAPORAN polis telah di buat di balai POLIS PANTAI REMIS PERAK tapi masih belum Ada apa-apa berita…

Mohon bantuan dari warga insta dan masyarakat yang prihatin supaya dapat hubungi nombor yang tertera di gambar jika ternampak anak saudara saya. 

Rata-rata warganet mendoakan agar gadis ini ditemukan dalam keadaan selamat.

 

 

Sumber: Ig Fauzi Nawawi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang