Siakap Keli

Luah Rasa Sedih Parkir OKU ‘Dicuri’, Tapi Komen ‘Mendongak Langit’ Pengguna FB Ini Undang Kemarahan Netizen

Bak kata pepatah, hidup jangan terlalu mendongak ke langit, takut tersungkur menyembah bumi. Kehidupan ini mempunyai pasang surutm kadang kita berada di atas, kadang kita berada di bawah. Jadi, jangan sesekali anggap diri kita sentiasa di atas sehinggakan menyalahgunakan kemudahan yang disediakan khas untuk golongan istimewa Orang Kurang Upaya (OKU).

Kita semua sedia maklumkan petak parkir tanda OKU mempunyai fungsi yang tersendiri iaitu memudahkan golongan ini untuk turun dari kenderaan mereka. Namun, masih ada segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab meletakkan kenderaan mereka di kawasan tersebut seperti yang dikongsikan di media sosial.

Menurut satu perkongsian di lamn Facebook mendakwa bahawa suaminya sukar untuk turun makan ke kedai tersebut ekoran daripada ada invidu yang tidak bertanggungjawab meletakkan motosikal di tempat parkir OKU.

Susulan daripada perkongsian tersebut, ada juga yang tidak berpuas hati dengan tindakan wanita tersebut yang menyebarkan perkara ini.

“Kalau suami akak OKU lain kali hakak bawa nasi bungkus”

Bagaimanapun, individu terbabit dikecam dan di’tegur’ segelintir pengguna Facebook yang lain. Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan ‘geng-geng motor’ yang tidak akur dengan undang-undang tidak boleh meletakkan kenderaan tidak berlabel OKU di tempatnya.

 

Sumber: info Roadblock

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang