Siakap Keli

Ada Yang Hanya Teringin Roti Canai & Teh Tarik, ‘Wishlist’ Anak-Anak Yatim Bikin Hati Tersentuh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Adakalanya kita lupa untuk bersyukur dengan setiap nikmat yang datang dalam hidup kita. Berapa banyak nikmat yang kita fikir biasa sahaja, namun diidamkan orang selain kita. Berapa ramai dari kita yang sentiasa bersyukur dari ‘sekecil-kecil’ nikmat di mata kita – mampu bangun tidur, berdiri, berjalan dan bekerja.

Bagi kita, mungkin makan ayam goreng itu biasa, tapi bagi sebahagian lain, mampu makan telur goreng sudah besar nikmatnya.

Malah, ada juga mereka di luar sana yang tidak memiliki akses kepada kemudahan asas pada hari ini seperti kenderaan, air bersih dan Internet.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Ariffhm berkongsi senarai impian anak-anak yatim di sebuah rumah perlindungan di Banting, Selangor yang menjadi lokasi terpilih untuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat isterinya.

Senarai tersebut menyentuh hati orang ramai apabila ada antara mereka yang mengidam makanan biasa seperti roti canai, keropok tomato dan nasi ayam.

“Syarikat isteri buat CSR dengan anak yatim. Tengok senarai impian mereka.”

Perkongsian itu menyentuh hati ramai pihak yang meluahkan rasa sedih atas nasib anak-anak berkenaan. Malah, perkongsian itu juga mengingatkan orang ramai agar bersyukur atas nikmat dimiliki selama ini.

Roti canai dan teh tarik, nampak ringkas bagi kita tapi mereka idamkannya

Nampak kecil di mata kita, tapi besar bagi mereka

Menitik air mata baca ‘wishlist’

Belajar jadi miskin, kau akan lebih hargai dunia

Kenapa tiada yang mintak steak atau boba?

Sumber: Ariffhm

Amira

Love yourself.