Siakap Keli

Peguam Dedah Pedofilia Buat Panggilan Jijik, Paksa Kanak-Kanak Buat Bunyi Seksual Dakwa Untuk Selamatkan Ayah Dari Meninggal

Berbagai cara digunakan pedofilia untuk memperdaya anak-anak. Dari ‘mengarang’ kisah sedih untuk berhelah hingga memaksa mangsa dengan kekerasan fizikal, mereka sanggup lakukan apa sahaja kepada mangsa.

Mereka ibarat barah dalam kalangan masyarakat kita yang perlu disingkirkan segera.

Baru-baru ini, seorang peguam, Nor Zabetha berkongsi kisah dua remaja yang cuba diperdaya pesalah pedofilia.

Kedua-dua mangsa yang merupakan adik-beradik itu telah dihubungi melalui panggilan telefon oleh pemangsa ketika ibu bapa mereka tiada di rumah.

Helahnya, bapa mereka mengalami kemalangan dan mengalami kecederaan teruk pada kemaluan.

Untuk menyelamatkan si bapa, mereka perlu patuh arahan berbaur seksual melalui panggilan berkenaan.

Kedengaran melampau? Sudah tentu. Ini hanyalah sebahagian daripada kejijikan fikiran pemangsa. Baca kisah dikongsikan Nor Zabetha untuk mengetahui kisah tersebut dengan lebih lanjut.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Kanak-kanak atau remaja adalah golongan sasaran paling mudah hendak diperdayakan.

Saya kongsikan kisah ini, bagaimana golongan pedofilia yang mempunyai pemikiran yang jijik memperdayakan anak-anak kita hanya melalui panggilan telefon untuk melakukan perbuatan seksual waktu ibu bapa tiada dirumah. Kes ini berlaku kepada anak client saya sendiri.

Saya minta ibu bapa tolong berhati-hati!!

Semalam saya menulis tentang kes scammer melalui WhatsApp, tiada kerugian. Mujurlah kes scam begini boleh diselamatkan. Kemudian saya teringat tentang, panggilan telefon yang diterima oleh anak client saya yang memperdaya dan memaksanya untuk melakukan perbuatan sangat jijik.

Kisah ini berlaku lebih kurang 10 tahun yang lalu. Saya perlu kongsi cerita ini supaya kita berhati-hati dan jangan anak-anak kita jadi mangsa.

Telefon ketika ibu bapa tiada di rumah

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Client saya mempunyai 2 orang anak, lelaki dan perempuan. Mereka baru mencecah belasan tahun. Panggilan telefon yang diterima anak-anaknya, sewaktu ibu bapa mereka masih di pejabat. Di rumah pada waktu itu, hanya ada mereka berdua sahaja.

Tiba-tiba kononnya, panggilan dari hospital, meminta mereka bertenang. Ada khabar buruk. Kononnya, bapa mereka kemalangan. Sekarang sedang koma, ibu mereka di hospital sedang menanti bapa mereka. Kerana tidak boleh meninggalkan bapa mereka yang sedang kritikal, ibunya tidak dapat bercakap telefon.

Beritahu kemaluan bapa alami kecederaan teruk

Pemanggil kononnya adalah doktor bagi kes ini. Katanya, kemaluan bapa mereka mengalami kecederaan teruk dan mereka memerlukan ransangan bagi memulihkan serta organ seksual bapa mereka.

Susunan ayat pedofilia ini sangat-sangat dramatik, anak-anak ini diminta terus bertenang. Sekarang pihak hospital sedang berusaha segala yang mampu untuk menyelamatkan bapanya. Banyakkan berdoa, mungkin ini kali terakhir dia dan adiknya bertemu dengan bapa mereka.

Menangislah kedua-dua adik beradik ini memikir mereka akan kehilangan nyawa bapa yang tersayang. Kemudian kata pemanggil mungkin mereka sahaja peluang bapa mereka kembali pulih.

Paksa lakukan aksi berbaur seksual

Kemudian dia menerangkan bagaimana proses untuk stimulasi dan merangsang kemaluan bapa mereka untuk kembali sembuh. Dia minta, anak yang perempuan untuk mengeluarkan bunyi berbaur seksual. Anak ini enggan, dia sungguh-sungguh tidak mahu.

Pemanggil ini membentak kerana keengganan si kakak, dia kata hendak selamatkan bapa atau tidak? Jangan kerana sikap pentingkan diri sendiri dan jangan kerana mereka enggan, menyebabkan bapa mereka mati.

Sambil teresak-esak, sambil anak ini cuba memenuhi permintaannya. Katanya kuat lagi, dia tidak dengar dan perlu kuat lagi.

Waktu ini, saya bayangkan dia sedang memuaskan nafsunya sendiri. Sekarang dia minta kedua-dua adik-beradik ini menanggalkan baju dan menyentuh sesama sendiri sambil melakukan bunyi yang sama. Supaya konon-kononnya kedua-dua mereka dapat memberi rangsangan pada bapa mereka yang sedang koma.

Waktu mendengar kisah ini, saya seperti menonton drama yang meminta lekaslah ibu bapa mereka pulang.

Mujur-mujur sangat-sangat kerana anak-anak ini enggan, setiap kali melanjutkan masa perbualan tetapi bila mereka dibentak mereka jadi takut dan serba salah akan menyebabkan kematian bapa mereka. Pemanggil ini memanipulasi setiap pergerakan mereka.

Kerana masa perbualan ditarik panjang, tiba-tiba kereta ibubapa mereka sampai.

Mujur sangat si pedofilia ini tidak berjaya memanipulasikan mereka dengan lebih teruk sehingga terjadi bukan-bukan antara adik-beradik

Pemanggil itu gila. Otaknya rosak dan jijik. Dia mencari kepuasan dengan mendengar suara anak-anak ini dipaksa mengeluarkan bunyi-bunyi seksual.

Dia puas apabila berjaya merosakkan adik-beradik ini dan membayangkan mereka. Dia puas apabila adik beradik ini mengikut arahan.

Malangnya anak-anak ini, tidak terus bercerita kepada ibu bapa mereka. Mereka berdiam diri. Mereka jadi malu walaupun mereka mangsa.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Ibu dan bapanya perasan kedua-dua hubungan adik-beradik mula berjauhan. Walhal sebelum ini rapat. Si kakak seperti murung dan kurang bercakap.

Sehinggalah mereka bawa bertemu dengan pakar psikologi kanak-kanak. Baru si kakak bercerita. Kasihan. Dia malu dengan apa yang berlaku walaupun sebenarnya dia dimanipulasikan.

Ibunya bertemu saya untuk mendapat nasihat undang-undang tentang tindakan yang boleh dia dan suaminya ambil terhadap pemanggil.

Malangnya kerana sudah berbulan kes berlaku dan juga panggilan yang terus ke telefon rumah tanpa identiti pemanggil, sukar untuk ambil tindakan.

Kalau panggilan scammer, mungkin ramai antara kita semakin hari semakin bijak. Kerugian panggilan scammer adalah wang ringgit.

Tetapi kes panggilan pedofilia ini amat teruk, kesannya tidak boleh diperbaiki. Mengajar ke arah sumbang mahram, merosakkan dan memperondak-perandakan keluarga, merosakan masa depan. Saya berharap satu hari nanti ada Akta khas bagi kesalahan pedofilia ini, biar hukumannya paling teruk.

Hati-hati. Selalu berpesan kepada anak-anak, periksa dahulu dengan ibu bapa sekiranya terima panggilan pelik-pelik. Tidak kiralah jika sekiranya, mereka digertak atau diugut jangan hubungi pihak lain, waktu dihubungi pedofilia begini.

Zaman sekarang ada, WhatsApp, messenger dan lain-lain. Ajar anak-anak apa perlu mereka lakukan dalam keadaan kecemasan. Semoga kita dijauhkan dari kejahatan seperti ini.

Tujuan saya berkongsi ini kerana saya benar-benar berharap tidak ada keluarga yang terkena. Scam ini bukan sahaja wang ringgit tetapi jenayah seksual juga.

Kita perlu jadi lebih bijak supaya tidak terkena. Tolong educate dan beri pendedahan pada yang lain supaya jangan jadi mangsa. Semoga kalian dibalas dengan kebaikan kerana mendidik hal-hal yang begini.

Sumber: Nor Zabetha

Amira

Love yourself.