Siakap Keli

PM Lulus Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan Untuk Pengguna Domestik Di Semenanjung

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik tambahan kepada semua pengguna elektrik dalam kategori domestik di Semenanjung.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, ia bertujuan mengurangkan beban rakyat berikutan peningkatan bil elektrik yang dialami sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jumlah pengguna elektrik yang mendapat manfaat ialah seramai 7.66 juta.

“Daripada jumlah tersebut, seramai empat (4) juta atau 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan RM77 ke bawah (penggunaan 300kWj ke bawah) akan nikmati elektrik secara percuma bagi bulan April, Mei dan Jun 2020.

“Manakala bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj pula akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan untuk April, Mei dan Jun 2020,” katanya, memetik laporan BERNAMA.

Difahamkan, bantuan tersebut adalah merupakan tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang telah dilaksanakan sejak 1 April lalu.

Ia juga akan disalurkan melalui bil elektrik bulai Julai nanti, menurut kenyataan itu lagi.

Sumber: BERNAMA TV

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.