Siakap Keli

Dua Maut, Dua Cedera Dalam Kemalangan Di Tambunan

KOTA KINABALU, 21 Jun — Dua wanita maut manakala dua lelaki cedera parah dalam satu kemalangan di Kilometer 4, Jalan Tambunan-Kota Kinabalu, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Keningau DSP  Shahrudin Mat Husain berkata dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, empat mangsa tersebut bergerak dari arah Kampung Minodung menuju ke Kampung Kaingaran, Tambunan menaiki kereta Proton Wira.

“Kenderaan dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun bersama tiga penumpang termasuk dua wanita. Ketika sampai di lokasi kejadian iaitu jalan selekoh, kenderaan berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tiang elektrik.

“Kemalangan itu menyebabkan kenderaan terputus dua dan semua mangsa tercampak keluar dari kenderaan menyebabkan dua wanita meninggal dunia di lokasi kejadian. Mangsa yang meninggal dunia adalah penumpang hadapan dan penumpang belakang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Shahrudin berkata pemandu dan seorang lagi penumpang di bahagian belakang iaitu seorang remaja lelaki cedera parah.

Menurutnya semua mangsa dibawa ke Hospital Tambunan.

Sumber: Bernama

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.