Siakap Keli
Gambar: Facebook

Ismail Sabri Seru Semua Veteran Tentera Tidak Berpencen Daftar JHEV

Semua warga veteran tentera yang tidak berpencen diseru untuk berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau lebih mesra dipanggil ‘Pak Long Mail’ berkata, ia bertujuan sebagai manfaat yang disalurkan oleh Kementerian Pertahanan buat golongan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika berkunjung ke kediaman seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Hassim Ahmad di Butterworth, semalam.

“Kita akan terus pastikan kebajikan pesara tentera terbela.

“Insya-Allah, semoga Allah sentiasa merahmati En. Hassim dan sekeluarga dan terima kasih jua kerana menerima kunjungan saya.

“..kita tidak mahu seorang pun anggota pencen ATM terlepas dari perhatian dan bantuan kerajaan,” katanya menerusi perkongsian di halaman Facebooknya, semalam.

Sumber: Ismail Sabri Yaakob

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.