Siakap Keli

TERKINI: Muntahkan Debu Setinggi 6 Kilometer, Gunung Merapi Di Indonesia Meletus Dua Kali Hari Ini

Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi dilapor meletus dua kali hari ini, kira-kira 9.15 pagi WIB.

Menurut portal berita antarabangsa, letusan berkenaan melepaskan debu setinggi 6 kilometer ke udara dan boleh dilihat dari jauh. Kedua-dua letusan berkenaan dilapor berlaku kira-kira 7 minit.

Debu-debu berkenaan juga dilapor menutupi ruang udara di kawasan berdekatan. Penduduk kampung di kawasan sekitar juga diarah menjauhi kawasan gunung berapi sejauh 3 kilometer dan diminta berhati-hati dengan letusan susulan.

Letusan besar kali terakhir yang berlaku pada 2010 meragut sekurang-kurangnya 353 orang.

Video-video letusan gunung berapi turut tersebar di media sosial.

Sumber: Japan Times, Detik.com

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.