Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gunung Semeru Meletus Tiga Kali, Orang Ramai Digesa Jauhi Kawasan Berisiko

Athirah
Gunung Semeru
Kredit: ANTARA

Gunung Semeru Meletus Tiga Kali, Orang Ramai Digesa Jauhi Kawasan Berisiko

Pihak berkuasa Indonesia menasihatkan orang ramai supaya menjauhi kawasan berisiko tinggi di sekitar Gunung Semeru susulan beberapa siri letusan gunung berapi itu sejak hujung minggu lalu, lapor ANTARA News.

Gunung berapi itu meletus sebanyak tiga kali pada pagi Ahad dengan memuntahkan awan mengandungi abu setinggi 700 meter dari puncaknya.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) menjelaskan bahawa ia dilaporkan meletus dua kali dalam tempoh kira-kira 90 minit, dengan awan abu tertinggi mencapai sehingga 1,000 meter ke udara pada Sabtu lalu.

PVMBG memaklumkan Gunung Semeru kekal pada Status Tahap III (Siaga).

Agensi itu turut menggesa orang ramai supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti dalam lingkungan 13 kilometer di bahagian tenggara puncak Gunung Semeru sepanjang laluan Besuk Kobokan, yang berisiko dilanda aliran lava dan awan panas.

Selain itu, penduduk dan pengunjung juga dilarang berada dalam radius lima kilometer dari kawasan kawah bagi mengelakkan risiko lontaran batu pijar.