Siakap Keli
Gambar: Bernama

Perkahwinan Dalam Normal Baharu – Dua Pengalaman Serentak Pasangan Bukan Islam

KUALA LUMPUR, 22 Jun  — Bakal pengantin bukan Islam kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan membenarkan mereka untuk berkahwin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Apa yang menarik ialah mereka bukan sahaja bakal mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati masing-masing dan bakal menempoh pengalaman baharu berumah tangga malah ia bakal dilaksanakan dalam suasana yang berlainan dengan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan kerajaan.

Seperti mana majlis akad nikah di masjid, mereka yang hadir pada upacara perkahwinan di rumah ibadat tidak boleh bersalaman, perlu memakai penutup hidung dan mulut, amalkan penjarakan sosial, mengambil suhu badan serta dihadiri tidak melebihi 20 tetamu, termasuk Penolong Pendaftar Perkahwinan.

Selain itu, acara keramaian seperti majlis perkahwinan di dewan-dewan orang ramai dan hotel masih tidak dibenarkan sepanjang PKPP kerana melibatkan ramai tetamu.

Bagi penggiat industri perkahwinan pula, punca rezeki mereka hilang sejak bermulanya PKP pada 18 Mac lalu, apabila ramai dalam kalangan mereka terpaksa menggulung tikar ataupun menghentikan perkhidmatan mereka.

Namun, masih ada sinar harapan lagi buat mereka yang berhasrat mengadakan majlis keramaian, apabila pengusaha dan perunding majlis perkahwinan disaran menyediakan cadangan SOP untuk dikemukakan kepada MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ismail Sabri ketika menyarankan perkara itu pada 13 Jun lepas berkata bermula dengan nikah dalam talian dan kemudian secara bersemuka dengan had maksimum 20 tetamu, beliau percaya ia akan diberikan  kelonggaran secara berperingkat jika SOP itu diluluskan.

Oleh yang demikian, hari bersejarah pasangan yang sabar menunggu selama lebih tiga bulan kini akhirnya menjadi kenyataan, asalkan SOP dipatuhi.

— BERNAMA

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa