Siakap Keli
Gambar:CNN/KKday Blog

Dipercayai ‘Mabuk Durian’, 12 Pekerja Pejabat Pos Di Jerman Terima Rawatan

Dipercayai tidak tahan dengan bau dari buah durian, seramai 12 orang pekerja pejabat pos di Jerman menerima rawatan serta puluhan lagi dipindahkan, lapor CNN.

Perkhidmatan kecemasan, bomba dan polis dipanggil ke pejabat pos tersebut yang terletak dibandar Schweinfurt, Bavaria pada Sabtu lalu setelah kakitangan menyedari bau itu datang dari satu bungkusan.

“Kerana kandungan yang tidak diketahui, adalah tidak jelas sama ada bungkusan suspek akan membawa risiko yang lebih besar,” kata kenyataan dari jabatan polis Schweinfurt.

Seluruh bangunan dikosongkan dengan 60 orang pekerja terpaksa disuruh pulang dan bungkusan itu diperiksa dengan teliti.

Setelah diperiksa, ternyata bungkusan tersebut mengandungi empat biji durian Thai yang telah dihantar oleh seorang penduduk berusia 50 tahun dari rakannya di Nuremberg.

“Seramai 12 pekerja mengadu berasa loya harus dijaga di lokasi serta enam orang dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga,” kata polis di Schweinfurt.

Buah itu akhirnya telah dihantar ke penerima yang dimaksudkan. Walau bagaimanapun, bau daripada buah tersebut bukanlah kali pertama menimbulkan rasa panik.

Seperti yang dilaporkan CNN, pada tahun lalu, kakitangan di perpustakaan University of Canberra terpaksa mengosongkan bangunan tersebut kerana disyaki berlaku kebocoran namun akhirnya mendapati bau itu daripada buah durian.

Sumber: CNN

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa