Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Seluruh dunia telah mendapat kesan akibat daripada penyebaran wabak Covid-19 ini sejak akhir tahun lalu. Banyak aktiviti-aktiviti harian tidak dapat dilakukan termasuk rumah ibadat seperti masjid terpaksa ditutup. Tujuan penutupan adalah untuk mencegah penyebaran wabak Covid-19 dan mengelakkan orang ramai berkumpul.
Namun, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, terdapat beberapa negara yang mencatatkan penurunan kes Covid-19 ini. Disebabkan kes penurunan ini, banyak kelonggaran yang telah diberikan.
Seperti di negara Turki, solat jumaat telah mula dibenarkan dan dilakukan dengan mengikuti SOP yang ditetapkan. Tular gambar-gambar yang menunjukkan keadaan di mana jemaah langsung tidak bergerak ketika hujan turun dengan lebat.
Hujan lebat tidak mengganggu mereka untuk terus melakukan ibadah. Ini disebabkan, mereka sudah lama tidak melakukan solat di masjid berikutan perintah kawalan yang dibuat akibat penularan wabak Covid-19.
Gambar-gambar ini turut dimuat naik di dalam laman twitter CNN turk.