Siakap Keli

3 Kluster Catat Kes Positif Baharu Hari Ini Termasuk Kluster Bukit Bintang

Susulan daripada Sidang Media Perkembangan Kesihatan Covid-19 yang disampaikan oleh Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah ini mengenai tiga kluster yang masih aktif catat kes baharu hari ini.

Kluster Bukit Bintang

Sehingga 24 Jun 2020 jam 12 tengah hari, terdapat satu kes baharu dikenalpasti. Oleh itu, sebanyak 10 kes positif Covid-19 telah dilaporkan dalam kluster ini yang melibatkan  9 kes warganegara Bangladesh dan 1 kes warganegara Malaysia.

Pihak KKM juga mengenalpasti bahawa 7 daripada 10 kes positif kluster ini adalah rakan serumah kepada kes indeks.

Kluster Tapak Pembinaan Kuching

Sebuah kluster tapak pembinaan Kuching terdapat satu kes baharu yang dilaporkan hari ini.

Kluster ini mula dikesan apabila kes ketiga kluster ini (iaitu kes ke-8591) telah membuat saringan Covid-19 di sebuah klinik swasta dan didapati positif COVID-19.

Beliau merupakan ketua penyelia kepada dua orang pekerja warga Indonesia yang telah dikesan positif COVID-19 pada 16 Jun 2020 hasil saringan di tempat kerja.

Susulan itu, siasatan dan saringan kontak rapat termasuk pekerja-pekerja tapak pembinaan tersebut serta ahli keluarga mereka telah dijalankan.

Kluster Kondominium Hulu Langat

KKM mengenalpasti bahawa lagi satu kes baharu dilaporkan untuk kluster ini. Kes indeks kluster ini (kes ke-8368) merupakan seorang pelajar pusat tahfiz yang dikesan positif saringan Covid-19  pada 8 Jun 2020. Aktiviti pengesanan kes secara aktif telah dijalankan dan 2 lagi kes positif dikesan di dalam kluster ini.

Kes pertama merupakan bukan warganegara (kes ke-5818) namun merupakan bapa saudara angkat kepada kes indeks. Beliau tinggal di kediaman yang lain, namun terdapat aktiviti kunjung-mengunjung di antara mereka. Salah seorang rakan  sekerja kepada kes ke-5818 turut dikesan positif Covid-19 (iaitu kes ke-5894).

Sumber: Sidang media KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang