Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Tenggelam Akibat Banjir Besar, Kuil Di India Ini Dilaporkan Muncul Semula Lepas 200 Tahun

Sebuah kuil Hindu purba yang tenggelam dalam bencana banjir 200 tahun yang lalu dilaporkan telah muncul semula untuk pertama kalinya kerana paras air yang lebih rendah, lapor Daily Mail.

Monumen yang berusia 500 tahun untuk avatar dewa Wisnu itu pernah berdiri kukuh di tebing sungai Mahanadi di Odisha, timur India dan menyediakan tempat untuk memuja bagi tujuh kampung yang terdekat.

Namun, setelah banjir besar pada tahun 1800, sungai itu telah berubah arah dan memaksa penduduk kampung untuk meninggalkan kuil dan kediaman mereka yang akhirnya terus menghilang dalam arus air yang deras.

Gambar:Daily Mail

Memetik laporan Daily Mail, lokasinya telah hilang sejak bergenerasi lamanya dengan pencarian berulang kali oleh Indian National Trust for Art and Cultural Heritage (INTACH) terbukti sia-sia.

Pun begitu, kuil itu muncul kembali pada minggu ini ketika permukaan air Mahanadi turun pada paras yang rendah sehingga menampakkan puncak kuil sekali lagi.

Gambar:Daily Mail

Ketua projek tersebut, Anil Dhir, berkata bahawa pasukannya telah berjaya mendokumentasikan banyak kuil di lembah sungai Mahanadi namun semua usaha untuk mencari monumen 60 kaki itu hanya menemui jalan buntu.

“Kewujudan kuil tersebut diketahui dan telah dicatat. Ia pernah timbul setiap tahun pada musim panas dengan ketinggian lima kaki.

Gambar:Daily Mail

“Kami mencari kuil ini semasa melakukan tinjauan di kawasan tersebut namun usaha kami sia-sia. Walau bagaimanapun, kami dimaklumkan oleh penduduk tempatan pada minggu lalu bahawa kuil itu telah timbul,” katanya.

Sumber: Daily Mail 

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa