Siakap Keli

The Undertaker Ucap Terima Kasih, Umum Bersara Dari WWE Selepas 30 Tahun Bergusti

Selepas 30 tahun dalam arena gusti profesional, The Undertaker atau nama sebenarnya Mark William Calaway akhirnya mengumumkan persaraan walaupun sudah dua kali beliau mengumumkan persaraan sebelum ini.

Umurnya yang sudah mencecah 55 tahun itu mengumumkan persaraannya dalam sebuah video di laman Facebook miliknya dan selepas itu memuatnaik gambar dengan ucapan terima kasih buat peminat-peminat seluruh dunia.

Terkenal dengan gelaran ‘The Legendary Dead Man’ memulakan karier profesional sebagai ahli gusti pada tahun 1987 dengan menyertai World Champion Class Wrestling (WCCW). Tahun1989 pula beliau mula menyertai World Champion Wrestling (WCW) sebagai watak jahat dan membawa nama gelaran Mean Mark.

Pada oktober 1990, beliau memulakan karier dalam World Wrestling Federation (WWF) sebagai taping Superstar untuk watak Kane. Selepas itu barulah beliau muncul di depan karier sebagai The Undertaker.

Dalam video itu juga beliau turut menyatakan, bersedia untuk kembali ‘kalau berlaku kecemasan’

“Jika berlaku kecemasan, pecahkan kaca dan bawa keluar The Undertaker. Saya akan mempertimbangkannya.

“Tetapi buat masa ini dalam karier saya, saya tidak mempunyai keinginan untuk kembali ke gelanggang,” kata Undertaker.

Sumber: The Undertaker

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)