Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Terima kasih orang baik..", Tindakan Lelaki Ini Raih Pujian Ramai

Adib Haiqal
Tindakan Lelaki
Kredit: Facebook @Mohamad Nasri Mhd Nasir

"Terima kasih orang baik..", Tindakan Lelaki Ini Raih Pujian Ramai

Dalam mengejar kerja dan urusan yang hakiki, kadangkala setiap orang diuji dengan ujian serta cabaran yang tidak diduga. Dari sekecil-kecil ujian hingga seberat-berat ujian.

Oleh itu, setiap manusia tidak berhak menilai kesusahan yang dilalui seseorang itu melainkan dirinya. Sebaliknya, boleh menghulurkan bantuan meskipun kecil ertinya bagi kita, namun besar buat mereka yang terkesan.

Apatah lagi apabila mereka berada dalam keadaan buntu dan tidak tahu kepada siapa harus meminta bantuan.

Walau berbeza latar belakang, bangsa atau negara asal, nilai kemanusiaan tetap menjadi jambatan yang dapat difahami semua orang.

Apabila kita memilih untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan, ia bukan sahaja memudahkan urusan orang lain, malah menyemai rasa hormat, kasih sayang dan kepercayaan sesama manusia.

Dari Jauh Nampak Buntu Tepi Jambatan, Rupanya Motosikal Rosak

Baru-baru ini, perkongsian seorang pengguna Facebook, @Mohamad Nasri Mhd Nasir, mencuri perhatian ramai apabila beliau membantu dua lelaki warga Filipina dan China yang buntu di bahu jalan jambatan selepas motosikal mereka mengalami kerosakan.

Dalam klip berkenaan, tindakan dan keprihatinan lelaki itu membantu dua warga asing berkenaan meraih pujian orang ramai di media sosial.

Kredit: Facebook @Mohamad Nasri Mhd Nasir

Pada mulanya, dia menyangka individu yang ditemuinya itu adalah warga tempatan yang sedang dalam kesusahan.

Namun sebaik sahaja menghampiri untuk menghulurkan bantuan, barulah dia menyedari bahawa mereka sebenarnya merupakan warga asing yang terkandas akibat motosikal rosak.

Tuntun Motor Sampai Bengkel, Ikhlas Tanpa Mengharapkan Balasan

Dia turut membantu menolak motosikal tersebut sehingga ke bengkel berdekatan.

Kredit: Facebook @Mohamad Nasri Mhd Nasir

Walaupun mereka berhasrat untuk memberikan sedikit bayaran sebagai tanda terima kasih. Tetapi dia menolaknya dengan sopan, menegaskan bahawa dia ikhlas membantu tanpa mengharapkan sebarang balasan.

“Mereka nak bayar, tapi saya cakap tak perlu.

"Kadangkala bantuan itu kecil bagi kita, tapi besar maknanya untuk orang lain. Tak kisah siapa atau dari mana mereka datang, yang penting kita saling tolong bila ditimpa kesusahan.

"Semoga semua urusan kita dipermudahkan.” tulisnya.

Kredit: Facebook @Mohamad Nasri Mhd Nasir

Reaksi Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakannya yang dianggap mencerminkan nilai kemanusiaan dan sikap prihatin tanpa mengira bangsa mahupun asal usul. 

“Terbaik abang ni, memang susah nak jumpa orang yang berhati baik macam ini,” tulis seorang warga maya.

“Orang baik. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan yang baik,” komen seorang lagi.

“Alhamdulillah, hati orang Malaysia memang baik. Kita mudahkan urusan orang lain, insya-Allah Allah akan permudahkan urusan kita,” ujar seorang lagi pengguna media sosial.