Siakap Keli

(Video)“Saya Lega Kecederaannya Tidak Serius,” Rakaman Budak 4 Tahun Rempuh Pintu Kaca Ketika Bermain

Seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun terpaksa ditahan di hospital selepas merempuh pintu kaca di rumahnya sewaktu bermain bersama dengan rakannya.

Menurut Daily Mail, insiden menakutkan yang terjadi di Hat Yai, Thailand pada 22 Jun lalu itu berjaya dirakam oleh kamera CCTV di rumah tersebut.

Ketika kejadian, terdapat seorang daripada jiran penghuni rumah itu yang sedang menjaga kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak itu dilihat meluru ke arah pintu kaca berkenaan ketika sedang bermain dengan rakannya yang sedang berada di luar pada ketika itu.

Ketika mereka sedang berkejar-kejaran, kanak-kanak perempuan tersebut tidak perasan bahawa pintu ‘sliding door’ di rumahnya itu sedang dalam keadaan tertutup.

Secara tiba-tiba dia telah berpusing ke belakang dan berlari ke arah pintu tersebut dan merempuhnya.

Satu bunyi dentuman yang kuat dapat didengari sambil gelas pintu itu berderai akibat daripada rempuhan tersebut.

Turut didengari jeritan yang datang dari dalam rumah tersebut ketika kanak-kanak itu sedang bangun daripada serpihan kaca dan menyentuh kakinya sebelum seorang lelaki, wanita dan seorang lagi kanak-kanak menghampiri untuk memeriksanya.

Pun begitu, kanak-kanak tersebut dilaporkan hanya mengalami luka di bahagian kaki, tangan serta kepalanya dan hanya ditahan untuk satu malam sahaja di hospital.

Rakan kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut yang berada di tempat kejadian ketika itu menyatakan bahawa ibu kepada mangsa memahami bahawa kejadian itu adalah suatu kemalangan.

“Saya sangat lega kerana dia (mangsa) tidak mengalami kecederaan yang serius akibat daripada kaca yang tajam itu. Dan ianya mungkin boleh menjadi lebih teruk lagi.

“Saya berharap agar semua ibu bapa yang melihat video rakaman ini akan sentiasa mengawasi anak mereka supaya kejadian seperti ini tidak berlaku kepada mereka.”

Sumber: Daily Mail

IKLAN 

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa