Siakap Keli

Bayi Berusia Setahun Dilaporkan Demam Lepas Dipercayai ‘Wanita Sengaja Batuk Terhadapnya’

Seorang bayi lelaki mengalami demam panas selepas seorang wanita tua didakwa sengaja batuk dimuka bayi tersebut di sebuah kade di California, lapor Metro Uk.

Menurut laporan, ibu bayi yang berusia 1 tahun mengatakan suhu badan anaknya meningkat selepas wanita berusia 60 an itu menanggalkan penutup muka dan batuk pada bayi tersebut.

Kamera litar tertutup berjaya merakam kejadian tersebut dan menunjukkan wanita itu batuk sebanyak 3 kali. Polis telah menerima aduan dari ibu bayi tersebut beserta bukti rakaman litar tertutup.

Menurut laporan polis, tindakan wanita adalah disebabkan tidak berpuas hati terhadap keluarga bayi tersebut kerana gagal mematuhi peraturan penjarakan sosial. Namun, ibu bayi itu percaya wanita tersebut melakukan perkara ini bermotifkan perkauman.

Melalui temubual bersama wartawan, ibu bayi itu berkata “Dia sengaja melakukannya. Bukan kerana dia benar-benar ingin batuk. Ia berlaku sangat cepat, dia buka topeng muka dan terus batuk dengan kuat sebanyak 3 kali dihadapan muka anak saya”.

“Saya percaya wanita ini mungkin bersifat perkauman terhadap saya memandagkan saya berbangsa Sepanyol dan dia dan keluarganya merupakan orang berkulit putih.”

“Pada mulanya saya sedang bercakap bersama nenek dalam bahasa Sepanyol, dia terus memberi amaran tentang penjarakkan sosial dan menganggu keluarga saya” tambah ibu bayi tersebut.

Bayi tersebut belum lagi menjalani ujian COVID-19 memandangkan keadaanya yang semakin baik dari demam. Rakaman dari kamera litar tertutup menunjukkan ibu bayi itu menarik penutup kereta sorong dalam usaha melindungi bayinya dari wanita tua tersebut.

Sejurus kejadian tersebut wanita itu terus keluar dari kafe dan sekarang diburu oleh polis untuk siasatan lanjut.

Sumber: Metro.co.uk KPIX CBS SF Bay Area

Nur Syafiqah

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa