Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Met Malaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Bagi Beberapa Kawasan Di Enam Buah Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa buah negeri yang dijangka akan berlaku sehingga 7 malam ini.

Amaran ribut petir ini telah dikeluarkan oleh MetMalaysia pada jam 3:40 petang melibatkan enam buah negeri di Semenanjung dan luar Semenanjung Malaysia.

Antara negeri yang dijangka akan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 7.00 malam ini ialah,

Kedah (Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) • Terengganu(Kuala Terengganu dan Marang) • Pahang (Rompin). Johor (Mersing dan Kota Tinggi) • 

Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Belaga) dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada terutamanya bagi yang memandu atau menunggang motosikal pulang kerja petang ini.

Sumber: Malaysian Meteorogical Department

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa