Siakap Keli

Nyawa Pernah Diselamatkan Seekor Anjing, Burung Kini Bersahabat Dengan ‘Heronya’

Haiwan mempunyai sifat yang penyayang yang sangat tinggi, kerana itu haiwan mudah menghargai setiap orang yang memeliharanya. Bahkan, sifat penyayang haiwan turut sama dirasai sesama mereka.

Seperti kisah seekor anjing yang dikenali sebagai Hiro ini telah menjadi ‘hero’ dengan menyelamatkan seekor anak burung. Ketika kejadian berlaku, mereka sedang berehat dibelakang rumahnya di Puerto Rico. Ketika itu, Hiro telah menangkap sesuatu di tanah berhampiran dengan pagar rumahnya.

“Ketika Hiro menemui burung berkenaan, dia seperti menjilat-jilat sesuatu dirumput dan memandang ke arah saya. Dia telah memberi isyarat kepada saya bahawa ada sesuatu yang berlaku dan saya mendekati Hiro dengan segera”, kata pemiliknya.

Dia sangat terkejut ketika melihat bahagian bawah dan menemui seekor anak burung yang sedang sakit dan sangat memerlukan pertolongan. Keadaan anak burung itu sangat tidak berdaya.

Kemudian, dia telah membawa anak burung itu untuk bertemu dengan doktor haiwan. Doktor berkenaan memberitahu bahawa anak burung itu berkemungkinan lumpuh akibat terjatuh daripada sarangnya. Tambahnya lagi, peluang untuk anak burung itu hidup sangat tipis. Mungkin akan lebih parah jika tidak ditemui Hiro tepat pada waktunya.

Lebih menarik, dia telah memberikan anak burung itu dengan nama Hope. Selepas anak burung ini terlihat sangat berjuang untuk meneruskan hidupnya, Hiro adalah sebahagian usahanya kerana Hiro tidak pernah meninggalkan Hope sejak hari pertama Hope ditemui.

Dengan itu, persahabatan yang baik terjalin diantara Hope dan Hiro. Kemana sahaja Hope pergi, pasti Hiro ada bersamanya. Perkembangan Hope terus membaik dengan adanya Hiro disisi.

Sumber: www.thedodo.com

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa