Siakap Keli
Gambar:Rosliza Saad

“Saya Minta Maaf,” Sangka Kucing Mati Diracun, Isi ‘Nota’ Diterima Wanita Ini Bikin Sebak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kucing sememangnya menjadi haiwan yang sentiasa mendapat perhatian kerana kecomelan dan kenakalan mereka yang semestinya mampu mencuit hati setiap orang.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa haiwan tersebut bagaikan sudah menjadi seperti ahli keluarga sendiri.

Justeru, tidak hairanlah jika kehilangan haiwan tersebut akan sangat dirasai oleh setiap pencinta kucing.

Menerusi kiriman Rosliza Saad di Facebook, dia berkongsi mengenai kucing kesayangannya yang telah ditemui mati dan menyangka bahawa haiwan itu telah diracun. Namun, rupa-rupanya ada cerita lain disebaliknya.

Bismillahirrohmanirrohim…

Assalamualaikum kawan2 di muka buku..

Hari ini, hari ke 3 Ntah (kucing kesayangan) pergi mengadap penciptanya..

Saat kami redho dgn kehilangan kucing kesayangan, Allah datang kan sesuatu yg x disangka..

2 hari lepas, kami betul2 sangka Ntah kesayangan kami pergi kerana keracunan.. sama ada termakan racun, diberi makan racun, kami leave it to Allah SWT.. masanya sudah tiba, x kan tercepat mahupun terlewat barang seminit. Mengingatkan kita, dr sekecil2 makhluk yg kita sayang hingga yg sebesar2nya semua milik Allah…

2 tahun menjaga Ntah, dengan penuh kasih dan sayang.. mmg bnyk kenangan2 manis.
Belum puas rasanya bermanja dan bermain dgn beliau..

Seekor kucing yg x pernah menyusahkan malah selalu menghiburkan dgn telatah lucu.
Ya Allah.. satu kan lah kami semula nanti di alam sana.. amin..

Petang smlm, ada pesanan bertulis atas wrapping paper McDonald.. dalam postbox rumah kami..

Ya Allah.. maha besar kekuasaanmu..
Ada seorang adik rider dari Food Panda send us a note

‘ Salam Tuan Rumah,
Saya minta maaf terlanggar kucing warna putih keluar dari pagar rumah no 15 ni. Saya x sempat brek, saya letak kat tepi pagar. Harap kucing putih x apa2 sbb dia melambung.
Saya betul2 minta maaf. Harap tuhan x tarik rezeki saya sbb terlanggar kucing.
Maafkan saya Tuan Rumah.

Dari-
Rider Food Panda’

Berderai air mata kami semula saat membaca bait surat ni..
Ya Allah.. jujurnya rider ni. Dengan nama Allah yg maha mengasihi dan mengasihani.. kami maafkan.. xde sekelumit pun rasa marah terbit dalam hati kami.. sesungguhnya kita semua milik Allah. Hanya setakat itu Allah izinkan kami menjaga dia..

Adik rider, kakak dan abang berterima kasih sbb jujur.. terima kasih sbb tolong letak Ntah kesayangan kami di tepi pagar rumah kami.. ya allah.. sedihnya kakak nk type ni.. semoga Allah terus murah kan rezeki kamu.. semoga Allah balas kebaikan kamu..

Kakak harap, posting ni sampai kat kamu,
Sekiranya kamu adalah org yg kami maksudkan.. datang la semula ke rumah kami.. ada sesuatu yg kamu tertinggal.

Kawan2 muka buku yg kami kasihi..
bantu lah kami sampaikan ucapan terima kasih kepada adik rider FoodPanda Rider Malaysia ni..
Semoga Allah membalas semua kebaikan beliau..

Sudi lah panjang2kan posting ini..
Terima kasih semua.

#foodpanda
#foodpandarider
#NtahtheStrayCat

Sumber: Rosliza Saad

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa