Siakap Keli

(Video) Ibu Beruang Menerpa Ke Arah Kereta Supaya Dihentikan Untuk Anaknya Lintas Jalan

Satu rakaman video yang menunjukkan seekor ibu beruang telah menghentikan sebuah kereta dengan mengejut, untuk membiarkan anaknya melintas dengan selamat ketika waktu malam di sebuah jalan.

Kereta yang meluncur laju di jalan Komsomolsk-On-Amur, Rusia, berhenti dengan segera selepas dikejutkan dengan kehadiran seekor beruang besar pada bahagian hadapan keretanya.

Pada awalnya, beruang berkenaan bersama anaknya ingin melintas jalan. Ketika melihat kehadiran kereta, beruang berkenaan telah menerpa ke arah kenderaan tersebut.

It jumps up at the front of the car, bringing it to a complete stop, and places its paws on the bonnet

Namun, beruang berkenaan bersama anaknya kembali melintas jalan dan pemandu kereta tersebut kembali meneruskan perjalanan. Akibat kejadian itu, terdapat beberapa kesan calar pada kereta disebabkan cakaran dari beruang berkenaan.

The outline of the bear's paw was clearly visible on the front of the car    The bonnet was scuffed and the number plate was damaged

Kejadian beruang seperti ini banyak terjadi di bandar tersebut. Termasuk kejadian dimana seekor beruang coklat telah mengali kubur dan mencuri mayat seorang lelaki yang baru dikebumikan.

Sumber: www.dailymail.co.uk

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa