Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 18 Kes Baharu Covid-19 Dan 10 Kes Pulih Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 10 pesakit Covid-19 yang telah discaj, 18 kes positif baharu dan tiada kematian berkaitan Covid-19 dicatatkan hari ini (28 Jun 2020).

Menerusi ciapan di akaun Twitter rasmi KKM, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 8,318 secara keseluruhannya.

18 kes baharu yang dilaporkan hari ini pula menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia bertambah kepada 8,634. Oleh yang demikian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 hanya tinggal sebanyak 195 kes sahaja. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Dalam pada itu adalah dimaklumkan bahawa kes baharu yang dilaporkan pada hari ini terdiri daripada 4 kes import manakala 14 lagi adalah kes tempatan.

Kesemua 14 kes tempatan yang dilaporkan pada hari ini merupakan mereka yang terdiri daripada bukan warganegara termasuk 11 kes dari kluster DTI Sepang dan Pedas.

Daripada jumlah kes yang dilaporkan, sebanyak 2 kes yang dilaporkan sedang dirawat di unit rawatan rapi. Walau bagaimanapun, tiada pesakit yang dilaporkan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu juga, tiada kes kematian berkaitan Covid-19 yang dicatatkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 121 kes atau bersamaan dengan 1.40% secara keseluruhannya.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa