Siakap Keli
Gambar: Twitter @pelf81

Beli Telur Penyu Ketika Ramadan & Lupa Nak Makan, Akhirnya 3 Biji Telur Menetas Dalam Plastik

Haiwan marin yang terancam seperti penyu termasuk telurnya, merupakan antara hidupan yang dilindungi bagi menghalang kepupusan haiwan tersebut.

Aktiviti penjualan telur penyu secara berleluasa sejak dahulu lagi patut disekat dan dihentikan demi memastikan kelangsungan haiwan itu daripada pupus.

Seperti perkongsian oleh Pengasas Bersama Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu Malaysia (TCS), Dr Chen Pelf Nyok, mengenai tiga ekor anak penyu yang diserahkan kepada mereka hasil daripada pembelian oleh seorang indvidu.

Difahamkan, telur penyu tersebut lupa untuk dimakan oleh individu tersebut sewaktu dibeli pada bulan Ramadan lalu.

Setelah dua bulan, tiga daripada beberapa biji telur penyu yang dibeli itu menetas dan kemudiannya diserahkan kepada kepada pihak TCS untuk dijaga dan dilepaskan semua ke lautan.

Menurut Dr Chen Pelf Nyok, penyu akan menetas dan mampu untuk hidup sekiranya kita memberi mereka peluang kepada haiwan ini.

Kita jaga penyu kita

Dilepaskan semula ke laut

Tambah Dr Chen Pelf Nyok, telur tersebut hanya dibiarkan di dalam plastik kuning oleh pembeli berkenaan di atas rak.

Namun, telur tersebut mampu bertahan sehingga tempoh matang di mana ianya merupakan kali kedua Dr Chen Pelf Nyok melihat dan mendengar kes seperti ini.

Ditinggalkan di dalam plastik di atas rak

Jom sama-sama tandangan petisyen ”Tak Nak Telur Penyu”

Sumber: Twitter @pelf81

Iklan

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)