Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Empat Lelaki Ditahan, Ayam Bernilai RM46,000 Dirampas

Kota Bharu: Empat lelaki berusia antara 33 hingga 43 tahun ditahan anggota Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) dalam Op Benteng Covid selepas didapati memindahkan ayam daging bernilai RM46,000 tanpa permit.

Pegawai Pemerintah PGA7 Supt Azhar Nusi berkata dua pemandu dan dua kelindan dan lori masing-masing ditahan di sekatan jalan raya di Kampung Banggol Kong, dekat Jeram Perdah, Pasir Mas  pada kira-kira 12.40 malam tadi.

“Pemeriksaan yang dijalankan menemukan1,470 ekor ayam daging dan 1,600 ekor ayam dalam setiap lori itu dianggarkan bernilai RM46,000, manakala kedua-dua lori pula dianggarkan bernilai RM120,000,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Azhari berkata pemeriksaan mendapati permit atau surat kebenaran memindahkan ternakan atau bahan haiwan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar sudah tamat tempoh.

Katanya siasatan awal mendapati ayam daging itu diambil dari Bukit Tengah,  Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan akan dihantar ke tempat pengumpulan di Kampung Sri Tujoh, Tumpat

Beliau berkata, selain untuk pasaran tempatan, ayam itu juga disyaki akan diseludup ke negara jiran melalui pangkalan haram di Sungai Golok.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.