Pada jam 10.59 pagi tadi, laman Twitter PLUS Trafik melaporkan kemalangan yang melibatkan kenderaan berat di KM 283.5 (Arah Selatan) di laluan Ipoh Selatan ke Simpang Pulai.
Lorong kiri lebuhraya tersebut masih terhalang dan kerja-kerja pengalihan kemalangan sedang giat dijalankan. Trafik dilaporkan sesak sehingga 7km. PLUS menasihatkan pemandu agar pandu berhati-hati.
10:59hrs Kemalangan km 283.5 arah Selatan dari Ipoh (S) ke Simpang Pulai. Lorong kiri masih terhalang. Kerja pengalihan kemalangan sedang giat dijalankan. Trafik sesak 7Km. Pandu berhati-hati. @LLMinfotrafik pic.twitter.com/3yfzyNOtkl
— plusline1800880000 (@plustrafik) June 29, 2020
Sebentar tadi, kemaskini dari Lembaga Lebuhraya Malaysia mengesahkan kerja pengalihan masih lagi giat dijalankan dan semua trafik dari utara menuju ke selatan diarahkan keluar ke Tol Ipoh (U) kerana trafik sesak sehingga 8km. LLM turut menasihatkan agar berhati-hati ketika memandu.
Kerja pengalihan kemalangan sedang dijalankan. Semua trafik dari utara menuju ke selatan diarahkan keluar ke Tol Ipoh (U). Trafik sesak 8km. Pandu cermat. https://t.co/7MC3Ldealu
— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) June 29, 2020
Sumber: LLM, Plus Trafik