Siakap Keli
FOTO: MIRA ZULYANA

“Nasi Goreng Terakhir Untuk Suami,” Si Suami Maut Dalam Kemalangan, Nasi Goreng Jadi Permintaan Terakhir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Air tangan isteri memang menjadi pilihan para suami. Mana boleh lawan dengan mana-mana masakan walaupun dari chef yang terkenal. Isteri pun suka kalau si suami selalu memuji, bertambahlah sedap masakan tesebut.

Namun, hakikatnya sangat pahit untuk ditelan apabila masakan tersebut menjadi hidangan terakhir untuk si suami yang meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan.

Pengalaman Mira Zulyana membuatkan ramai yang sebak apabila nasi goreng yang dibekalnya untuk suami tercinta merupakan bekal terakhir untuk hari itu. Isteri mana yang tidak sedih, suami pergi secara mengejut.

Permintaan terakhir suami …

Permintaan terakhir suami nak bawak bekal pagi, pergi kerja nasi goreng dengan 2 biji telur mata …

Saya suka share apa yang saya masak untuk suami kat sini, mungkin lepas ni dah takde la. Saya nak minta kawan-kawan doakan untuk arwah suami saya yang baru tinggalkan saya 4 hari lepas sebab kemalangan akibat kecuaian pemandu lain.

Apa yang paling menyedihkan apabila si isteri masih setia menunggu di pejabatnya untuk dijemput oleh suami tercinta tetapi orang lain pula datang membawa berita yang sedih.

Katanya semasa dihubungi SK, pada hari kejadian selepas hantar ke pejabat, suaminya seakan tidak mahu lepaskannya dan mungkin itu adalah petanda yang paling besar sebelum si suami pergi buat selamanya.

Sampai hari ni saya masih terkilan. Sedih sangat-sangat…

Ya. Pagi tu saya siapkan bekal dia. Hantar saya pergi kerje tapi pagi tu dia macam tak nak tinggalkan saya, sampai saya masuk pintu opis saya lambai dia suruh pergi baru dia pergi.

Waktu saya balik, saya tungu dia macam biasa tapi dia tak sampai-sampai. Lepas setengah jam tungu, saya dapat call dari polis mengatakan minta saya bersabar, minta ke HUKM Jabatan Forensik. Masa tu saya dah tak tau nak pikir apa.

Isteri mana yang tak sedih bila suami yang kite sayang dah tinggalkan kite selamanya.

Menurutnya lagi, arwah ayah pergi tidak sampai dua tahun, luka yang berbaki masih ada di hati ditambah pula dengan kehilangan suami tercinta di saat hati mula berbunga.

Sungguh besar ujian wanita ini, semoga roh suaminya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan diharapkan wanita ini terus tabah menghadapi ujian dari Allah SWT.

 

Sumber: Mira Zulyana

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang