Siakap Keli
banjir sabah
Kredit: Bernama

Banjir Di Sabah Makin Pulih, Hanya 36 Mangsa Di PPS

KOTA KINABALU, 30 Jun (Bernama) — Banjir di Sabah semakin pulih apabila kebanyakan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa daerah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan setakat pukul 8.00 malam ini hanya 36 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di satu PPS di Kota Belud.

“Semua PPS di beberapa daerah telah ditutup dan mangsa telah dibenarkan pulang kerana keadaan banjir yang telah pulih.

“Kini hanya daerah Kota Belud yang masih membuka satu PPS dan kesemua mangsa akan dibenarkan pulang apabila keadaan banjir di kediaman masing-masing benar-benar pulih,” menurut kenyataan itu.

Sejak tengah hari tadi, mangsa yang ditempatkan di PPS telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.