Siakap Keli
Kredit: Google

Pandemik Belum Berakhir Dan Kes Global Meningkat, Rakyat Malaysia Jangan Alpa Walau Kes Satu Angka -KKM

Dunia menyaksikan peningkatan mangsa COVID-19 hari demi hari. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom mengingatkan bahawa lebih ramai akan dijangkiti virus berkenaan jika sesuatu negara tidak mempunyai polisi yang berkesan menguruskan wabak berkenaan.

“Kita mahu pandemik ini berakhir. Kita mahu kembali kepada kehidupan asal. Realiti yang sukar diterima ialah wabak ini tidak menunjukkan ia hampir untuk berakhir,” katanya dalam taklimat WHO secara maya semalam.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pandemik #COVID19 belum berakhir malah boleh menjadi semakin teruk dan melarat,” kongsi KKM.

“Lebih setengah juta meninggal dunia di seluruh dunia, separuh daripadanya di Amerika Syarikat dan Eropah manakala di Amerika Selatan menunjukkan peningkatan semakin membimbangkan terutama di Brazil, Peru dan Chile.”

Wabak #COVID19 juga dilaporkan terus memuncak di Asia Selatan terutama India, Bangladesh dan Pakistan serta benua Afrika terutama Afrika Selatan.

Walaupun beberapa negara menunjukkan perkembangan positif, di peringkat global jangkitan semakin meningkat mendadak, kata Dr Tedros.

Susulan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengingatkan orang ramai agar terus berwaspada dan mematuhi prosedur operasi standard sedia ada.

“Mengambil kira amaran itu dan perkembangan semasa di seluruh dunia, KKM menyeru orang ramai supaya tidak alpa dengan trend penurunan kes #COVID19 di Malaysia.

“Sebaliknya, orang ramai perlu lebih berwaspada serta mematuhi SOP dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan setiap masa.

“Kerjasama semua pihak amat penting untuk kita sama-sama memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID19 di Malaysia,” kata ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.