Siakap Keli

“Baru Je Dapat RM68 Lepas Jual…,” Individu Ini Kongsi Kaedah Mudah Jual ‘Ink Cartridge’ Terpakai Untuk Tambah ‘Income’

Pasti ramai diantara kita yang mempunyai printer di rumah. Dan setiap kali dakwat telah habis, cartridge itu sering dibuang begitu sahaja.

Tunggu dulu! Tahukah anda bahawa, cartridge dakwat printer anda yang kosong itu sebenarnya boleh juga menambah duit poket anda.

Ini kerana, ianya boleh dijual semula di kedai. Menurut seorang pengguna Twitter, ink cartridge yang kosong itu boleh mencecah 3 hingga 5 Ringgit untuk setiap satu. Sekiranya anda mempunyai banyak ink cartridge yang kosong, lagi banyak duit yang anda akan dapat.

Bagaimana untuk menjualnya? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Okay, guys nak tanya sikit. Apa yang korang selalu buat dengan ink cartridge yang dah kosong? Buang? Jual balik dekat kedai dengan harga RM3-5? Aku baru je dapat RM68 lepas jual 4 ink cartridge tadi. Dah lepas untuk beli 2 ink hitam atau 1 ink warna.

CARA-CARA UNTUK JADI KAYA DENGAN JUAL INK CARTRIDGE

1. Kumpul dulu banyak-banyak. Kalau member korang ada printer, bila ink dia dah habis kau minta la dia punya ink cartridge tu (tapi jangan bagitau dia kau nak jual)

2. Dm @/tcinktrading dekat Instagram dan minta quotation. Tak pasti dia terima semua jenis ke tak tapi aku punya Canon 57 (RM20) Canon 47 (RM14). Kalau nak selamat boleh dm dia dulu. P/s: Harga akan berubah sebab sebelum ni Canon 57 (RM13) dan Canon 47 (RM11). Beza banyak gila.

3. Download app Recircle. Isi form dekat situ lepas tu accept offer daripada T&C.

4. Pos ke alamat yang dia bagi. Ditanggung sendiri sebab tu aku cakap tadi kumpul banyak-banyak dulu. Lepas dah pos, dia akan check cartridge yang dihantar tu okay ke tak sebab kalau rosak dia tak terima. Jadi bungkus la elok-elok.

5. Dah siap. Mudah dan cepat. Kalau semua okay, dia akan bank in duit tu ke dalam akaun korang. Macam aku punya, semua okay dan tak rosak. Aku pos 2 hari lepas (Sabtu), hari ni dah dapat duit.

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right