Siakap Keli

“Rumah Tangga Kami Hanya Sampai di Sini,” Engku Emran Dan Laudya Cynthia Bella Sah Bercerai

Teka-teki mengenai keretakan rumah tangga pelakon Laudya Cynthia Bella, 32, dan Engku Emran, 45, akhirnya terjawab apabila mereka dilaporkan telah bercerai.

Laudya yang mengesahkan penceraian mereka menerusi sebuah video yang dimuat naik di insertlive.com berkata, mereka berdua telah mengambil kata sepakat untuk berpisah secara baik.

”Saya ingin menjelaskan bahawa kami berdua sudah sepakat untuk berpisah secara baik. Sudah bebagai usaha yang kami lakukan dan ini adalah takdir Allah, rumah tangga kami hanya sampai di sini.

”Segala proses juga kami lalui dan saat ini semuanya sudah selesai,” kata Laudya.

Tambah beliau, selama perkahwinan bersama Engku Emran yang juga merupakan bekas suami kepada pelakon Erra Fazira itu, dia mendapat banyak sekali kebaikan dan hikmah serta pembelajaran.

”Dua tahun beliau menjadi suami saya, banyak sekali kebaikan, hikmah dan pembelajaran yang saya dapat. InsyaAllah, hikmah, pembelajaran dan semua yang saya dapat ini boleh saya jadikan bekal, boleh saya simpan untuk saya menjadi wanita InsyaAllah yang jauh lebih baik lagi,” kata Laudya.

Sebelum itu, Laudya dan Engku Emran telah melangsungkan pernikahan mereka pada 8 Sepetember 2017.

Aktres yang terkenal daripada Indonesia ini mengambil keputusan untuk tinggal di Malaysia bersama suaminya.

Keretakan hubungan pasangan ini yang masih belum dikurniakan anak mula dihidu media dan peminat sejak hujung tahun 2019 apabila mereka tidak lagi berkongsikan gambar bersama di media sosial.

Sumber: insertlive.com, kompas.com

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.