Siakap Keli
Kredit gambar: Google

Taman Tasik Titiwangsa Kembali Dibuka Sabtu, 4 Julai Ini Dengan SOP

Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur bakal dibuka semula untuk orang awam bermula 4 Julai ini, bermula 7 pagi hingga 7 petang setiap hari.

Bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu kenyataan berkata, pembukaannya hanya dihadkan untuk aktiviti berjoging dan rekreasi ringan sahaja.

“Aktiviti-aktiviti secara berkumpulan seperti berkelah, berhimpun untuk keraian dan sukan berpasukan adalah ditegah pada ketika ini.

“Begitu juga dengan fasiliti-fasiliti lain seperti taman permainan kanak-kanak, waterplay dan alat senam riang masih lagi ditutup penggunaannya,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Dalam pada itu, tempahan bagi penggunaan astaka, kawasan lapang, padang bola dan dataran turut masih ditutup.

“Aktiviti berbasikal dibenarkan namun terhad kepada penggunaan basikal milik sendiri sahaja dan penyewaan masih tidak dibenarkan.

“Manakala penggunaan tandas awam dan surau juga dibenarkan, namun pengunjung perlu membawa sejadah dan telekung sendiri,” tambah kenyataan itu lagi.

Selain itu, pengunjung dinasihatkan agar membawa telefon pintar untuk imbasan kod QR; MySejahtera atau KLStep bagi tujuan rekod kemasukan.

Amalan penjarakan sosial serta penjagaan kebersihan kendiri turut dituntut, selain kebersihan peralatan di fasaliti berkenaan.

 

Sumber: DBKL

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.