Siakap Keli
FOTO: RAJA NOR FAUZURA

Modal Ubah Suai RM35k, Dari Rumah Teres Kos Rendah 2 Tingkat Berubah Jadi Seakan Banglo Mewah

Siapa yang tidak suka apabila rumah kediaman yang sekian lama diduduki dibangkitkan dengan reka bentuk yang baru dan suasana yang lain dari dahulu.

Tidak perlu dinafikan lagi, kalau sudah namanya kreatif, buat apa pun mesti nampak lebih menarik. Walaupun hakikatnya rumah mempunyai keluasan yang kecil, tapi kalau kena gaya dan pandai susun atur perabot mesti akan mendapat hasil yang gempak.

Sama seperti rumah milik Raja Nor Fauzura ini hanya mengeluarkan modal bernilai RM 35 ribu untuk mengubah suai kediaman yang didiaminya sejak 12 tahun lalu agar tampak lebih fresh dan baru. Tempoh ubah suai tersebut hanya mengambil masa sebulan untuk menyempurnakan rumah idaman wanita ini.

Alhamdulillah transform rumah selepas 12 tahun mendiami. Rumah Teres Low Cost 2 tingkat. Dapur sempit sebab kami berniaga kek di rumah, Ada 1 oven industry, 1 peti ais kaca 2 pintu, 1 freezer, 1 fridge, 1 mixer.

Renovation major bahagian dapur, pecah semula dan naik slab, pecah table top dapur asal, pecah pembahagi ruang tamu dan dapur agar lebih luas pandangan.

Tambah 4 kaki ke belakang untuk tempat oven dan peti ais kaca, pasang sliding door di belakang. Lain-lain tukar plaster siling Dari dapur hingga ke ruang tamu.

Tempoh renovation : 1 bulan (5.1.20 – 5.2.20)
Cost renovation : RM 35k

Dapatkan kelengkapan rumah di SINI

Ruang tamu

Dapatkan kelengkapan rumah di SINI

Dapatkan kelengkapan rumah di SINI

Dapatkan kelengkapan rumah di SINI

Bahagian Dapur

Dapatkan kelengkapan rumah di SINI

Bahagian tempat makan

Dapatkan kelengkapan rumah di SINI

Dapatkan kelengkapan rumah di SINI

 

Sumber: Raja Nor Fauzura

Iklan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang