Siakap Keli
jatuh laut
Kredit: Google

Pemancing Jatuh Laut Di Pulau Pinang, Mayat Akhirnya Ditemui Petang Tadi

GEORGE TOWN, 2 Julai (Bernama) — Mayat seorang lelaki yang terjatuh ke dalam laut berhampiran Jalan Green Hall, di sini ketika memancing pagi tadi, ditemui tidak jauh daripada lokasi kejadian pada pukul 4.20 petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata mayat lelaki dipercayai warga tempatan itu ditemui oleh pasukan penyelam bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan berkenaan.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.12 pagi tadi yang memaklumkan seorang lelaki hilang, dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika sedang memancing, dan pemeriksaan kami di kawasan itu mendapati terdapat kesan lelaki itu terjatuh di tebing laut berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya kemudian menjalankan operasi SAR di kawasan itu sebelum menemui mayat berkenaan petang ini, dan ia telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Katanya identiti lelaki itu masih belum diketahui kerana tiada pengenalan diri ditemui bersama mayat.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.