Siakap Keli

(Video) Lupa Nak Ambil Pesanan, Udang Karang ‘Menakluk’ Ruangan Di Tingkat Sebuah Pejabat

Satu rakaman ‘mengejutkan’ memaparkan sebuah tingkat pejabat di China ‘dibanjiri’ dengan udang karang.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh South China Morning Post itu, berpuluh-puluh udang karang dilihat terlepas dari satu beg plastik dan ‘menakluk’ ruangan itu.

Sebelum itu, seorang penghantar makanan dilihat meninggalkan udang karang itu di sebuah sudut di lobi lif dan tidak diambil oleh wanita yang memesan haiwan tersebut.

Pekerja-pekerja pejabat terpaksa melompat keluar dari lif untuk melalui kawasan itu.

Wanita yang memesan udang karang itu mengambil masa lebih dari 30 minit untuk mengutip semua haiwan itu dan membawa balik ke rumah untuk dimasak.

 

Sumber: South China Morning Post

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa