Siakap Keli

Sekeluarga Masuk Wad Lepas Didakwa Kena ‘Prank’, Makan Kari Campur Ganja

KANNAUJ, INDIA – Seluruh ahli keluarga dikejarkan ke hospital setelah mencampurkan sebungkus besar ganja ke dalam kari mereka.

Salah seorang mangsa dipercayai membeli bahan terlarang itu selepas diperdaya kononnya ia merupakan campuran halba, kentang tumis dalam bawang putih dan herba dan sesuai untuk dibuat kari.

Polis di Kannauj, India, mendakwa mereka membeli bahan tersebut dari seorang lelaki bernama Nawal, jiran salah seorang mangsa yang bernama Nitesh.

Nawal didakwa memberikannya kepada kakak iparnya. Dia kemudian memasukkan satu beg bahan tersebut secara tidak sengaja dalam hidangan kari sebelum menikmatinya bersama enam orang ahli keluarga yang lain.

Mereka sekeluarga mula mendapat kesan selepas beberapa jam setelah makan kari tersebut. Mereka juga sempat memberitahu jiran sebelum tidak sedarkan diri.

Kemudiannya, pasukan perubatan tiba di kediaman tersebut sebelum membawa mereka ke hospital. Kesemua mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan.

Menurut polis tempatan, Nagendra Kumar Pathak berkata mereka sudahpun merampas ganja itu termasuk hidangan kari yang dimasak untuk dilakukan ujian makmal.

Suspe  juga sudah mengaku ia merupakan perbuatan ‘prank’ yang dilakukan keatas keluarga tersebut.

Sumber: Daily Star

Nor Azilah