Siakap Keli
al-jazeera malaysia
Kredit: Bernama/Twitter

“Betulkan Fakta Sebelum Komen”, Retweet Laporan Al-Jazeera, Wanita ‘Ditegur’ KP Kesihatan

Isu laporan Al-Jazeera yang didakwa memburukkan Malaysia sedang hangat diperkatakan.

Baru-baru ini, seorang wanita ‘ditegur’ sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah atas kenyataannya yang tidak tepat.

Wanita itu berkata, Malaysia perlu menerima kritikan dengan kecerdasan dan rendah hati. Dia turut dilihat mengecam Malaysia berdasarkan dakwaan Al-Jazeera kononnya ada kanak-kanak yang digari ketika penahanan migran ke Depot Tahanan Imigresen.

“Malaysia perlu belajar menerima kritikan dengan kecerdasan dan rendah hati. Malaysia secara relatifnya berjaya mengawal kadar kematian COVID-19, tetapi caranya melayan migran ialah satu rekod tindakan yang salah. Terutama sekali yang keji ialah menggari anak-anak migran,” tulisnya.

Tindakannya mengundang teguran dari Dr Noor Hisham supaya dia membetulkan maklumat sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Tolong betulkan fakta sebelum komen,” tulisnya.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan dalam dokumentari Al-Jazeera kononnya ada kanak-kanak warga asing yang digari ketika dihantar ke depot tahanan imigresen.

Susulan itu, beliau meminta agensi berkenaan membuat permohonan maaf terhadap negara Malaysia atas laporan didakwa berbaur fitnah itu.

Sumber: Twitter

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.