Siakap Keli
pelantar minyak

(Video) Rakaman ‘Kecut Perut’, Pelantar Minyak Tengah Laut Terumbang-Ambing Dibadai Ombak Besar

Bekerja di pelantar minyak mungkin kelihatan menyeronokkan jika hanya melihat pada gajinya. Namun, jika anda lihat risiko yang bakal dihadapi, pasti anda berfikir beratus kali untuk kerja di sana.

Dalam video dikongsikan IndustrialVid, kelihatan sebuah binaan di tengah lautan dipercayai pelantar minyak terumbang-ambing dirempuh ombak besar.

Rakaman itu dipercayai diambil salah seorang pekerja cari gali di platform Borgholm Dolphin, laut Utara yang terletak berhampiran Britain.

Menurut Science Direct, platform tersebut sememangnya dibina untuk berhadapan dengan ombak besar dan angin kencang seperti di tengah lautan.

Dinamakan compliant tower, ia dibangunkan menggunakan keluli yang lebih sedikit berbanding platform biasa pada kedalaman air yang sama.

Di samping itu, ia juga berpaksikan cerucuk yang ditanam beratus kaki di dalam lautan, malah kedalamannya boleh mengalahkan ketinggian menara pencakar langit.

Sebagai contoh, pelantar cari gali Petronius yang dibina pada kedalaman lebih 2,000 kaki, mengatasi menara komunikasi CN Tower di Kanada yang mempunyai ketinggian 1,815 kaki.

Gambaran kedalaman pelantar minyak.
CN Tower

Menurut The Independent, pekerja cari gali di laut Utara (North Sea) mendapat purata gaji £540 sehari, bersamaan kira-kira RM2,888. Malah, individu bertaraf pengarah boleh mendapat sekitar £900 iaitu bersamaan anggaran RM4,807 sehari.

Sumber: Industrial Vid, Science Direct, The Independent

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.