Siakap Keli

(Video) “Semoga Jalani Hari Yang Baik,” Gadis Guna Bahasa Isyarat ‘Pesan’ Kepada Penghantar Pesanan

Bahasa isyarat merupakan satu kaedah untuk berkomunikasi tanpa menggunakan suara, hanya pergerakkan tangan, bibir dan badan akan dapat menyampaikan maklumat. Bahasa isyarat biasanya sering digunakan oleh orang-orang pekak, bisu serta jurubahasa isyarat.

Dalam satu rakaman video yang telah dibuat naik di laman Twitter The Sun, memperlihatkan seorang kanak-kanak perempuan telah menggunakan bahasa isyarat ketika berhadapan dengan seorang penghantar pesanan yang pekak. Kanak-kanak itu tidak kelihatan kekok ketika menggunakan bahasa isyarat.

Kanak-kanak itu telah mengatakan ‘Semoga awak mempunyai hari yang baik’ dengan menggerakkan tangannya sebagai bahasa isyarat dan telah difahami dengan jelas oleh penghantar pesanan tersebut. Video ini sangat menyentuh hati bagi sesiapa yang melihatnya.

Sumber: The Sun

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa