Siakap Keli

Ais Bukan Punca Gemuk Atau Jantung Tersumbat, Ini Penjelasan Doktor Untuk Anda Yang Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai orang keliru tentang keburukan kalau minum air ais akan menjejaskan kesihatan terutamanya bahagian jantung. Betul ke kenyataan ini? Sampai tahap mana dakwaan ini?

Tetapi semua dakwaan tersebut salah dan mengelirukan masyarakat di Malaysia. Seperti kata seorang doktor ini, minuman berais tidak menjejaskan kesihatan tetapi kandungan gula dan kolestrol yang menyebabkan masalah kepada kesihatan.

Untuk maklumat yang jelas, korang kena baca perkongsian daripada Doktor Che Puteh Osman melalui Ini Sains Beb di Facebook.

Hakikatnya gula dalam air ais yang menyebabkan gemuk yang berlebihan, bukan suhu sejuk itu.”

Ais tidak menyebabkan gemuk atau jantung tersumbat. Jika ais dikatakan menyebabkan lemak bergumpal, maka sepatutnya lemak tidak diserap diusus kecil dan terus dikumuhkan selepas makan. Hakikatnya gula dalam air ais yang menyebabkan gemuk yang berlebihan, bukan suhu sejuk itu.

Foto: Ini Sains Beb

Manakala pembentukan plak menyebabkan salur darah menyempit. Jika saluran darah ke jantung menyempit, ia menyebabkan penyakit jantung koronari.

Anda perlu tahu, untuk lemak sampai ke salur darah, lemak perlu diserap terlebih dahulu di usus kecil. Lemak yang dimakan akan dicerna oleh enzim lipase dan menukarkannya ke asid lemak sebelum diserap oleh usus kecil.

Jika lemak mengumpal selepas makan makanan berlemak bersama ais di salur pencernaan, lemak ini tidak akan berjaya diserap di usus kecil kerana saiznya yang besar. Hanya molekul dengan bentuk dan saiz tertentu sahaja boleh diserap oleh usus kecil.

Jika benar dakwaan ais menyebabkan makanan berlemak menggumpal, kita sepatutnya makin kurus, bukan makin gemuk. Ini kerana lemak bergumpal tidak akan berjaya melepasi usus kecil sebaliknya akan dikumuhkan melalui tinja.

Hakikatnya,ais yang bersuhu sejuk akan berubah mengikut suhu badan. Ini kerana badan kita mempunyai sistem thermoregulation yang mengawal suhu makanan dan minuman luar ke suhu badan.Sistem thermoregulation ini seperti termostat,yang akan mengawal suhu ke julat suhu yg ditetapkan.

Jangan risau lagi makan ais okay!

 

Sumber: Ini Sains Beb, Dr Che Puteh

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang