Siakap Keli

“Kalau Nampak ‘Benda’ Ini Kat Hutan, Cepat-Cepat Repot Polis & Please Jangan Sentuh,” Ini Sebabnya

Jika memasuki hutan, terdapat beberapa perkara asas yang perlu diketahui agar dapat mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.

Antaranya seperti perkongsian oleh seorang lelaki di Twitter mengenai objek berbentuk bulat yang dilarang sama-sekali untuk disentuh. Malah, anda juga dikehendaki membuat laporan polis sekiranya objek ini dijumpai di hutan.

Difahamkan, objek tersebut merupakan bom babi yang digunakan oleh pemburu haram untuk menarik haiwan liar sebagai umpan makanan.

Bom itu akan meletup dan membunuh haiwan berkenaan dan kaedah haram ini sering digunakan untuk memburu babi hutan.

Please jangan sentuh atau gerakkan

Meletup kalau gigit atau terpijak kuat

 

Bayangkan kalau gajah terpijak

Sumber: Twitter @sunfloweraidil

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.